Perlu Ambil Tahu

Monday, 22 August 2011

Ikan Puyu Ada Lazatnya.




















dulu2 masa kecik2 selalu men bendang tangkap ikan puyu taw.tapi skunk tak lagi dah besag..ikan puyu ni saya paling suke makan mase panas2 goreng kunyit dengan nasi panas sedap taw.
kalau nenek saya dulu suka wat pekasam.hehe.
petua nak hilangkan bau ikan
ni petua mak saya yang bagi taw
basuh ikan dengan daun pisang kelat ataupon limau campur dengan tepung gandum.

selamat mencuba.


Satu rahsia yang selama ini aku tidak tahu tentang ikan puyu ini adalah ikan puyu ini akan tidur terbaring dengan mengiring seperti kita manusia apabila tiba waktu tengah malam antara jam 12 malam ke atas.Pertama kali melihat aku terkejut apabila melihat mereka terbaring dengan mengiring samada di atas batu atau lantai akuarium serta dicelah pokok.

Pada mulanya aku sangkakan mereka nak mati tetapi bila aku dekati mereka akan segera bangun dan naik ke permukaan kerana menyangkakan aku nak beri mereka makan.Ikan lain yang aku pelihara sebelum ini tidak ada yang terbaring atau mengiring seperti ikan ini.Kalau ada pun ikan yang tengah nazak tercungap-cungap nak mati.

Read more: http://ozzy2u.blogspot.com/2011/01/ikan-puyu-dan-rahsianya.html#ixzz1VkBdlQaX

Sunday, 21 August 2011

Resepi Nasi Goreng Merdeka

Bahan-Bahanya:
Nasi putih
bahan tumisan sempurna(b.merah,halia,b.putih)
udang sesedap rasa
cili hijau dan merah
lobak merah (dipotong kecil dan nipis)
kubis(dipotong nipis)
sayur khailan
ikan masin(goreng dahulu)
nenas(potong dadu)
sos tiram
daun bawang
daging hirisan kecil
sedikit kunyit dan cili kisar.
telor 4 biji

untuk sup(dihidangkan bersama nasi goreng):
rebus daging tadi dan toskan tambah daun bawang dan sos tiram.
tumiskan tumisan sempurna dan tuangkan bersama  minyak tumisan ke dalam sup tadi.

untuk sampingan:
sediakan sambal belacan dan timun berserta tomato.
timun dipotong cantik dan kemas ditemani tomato segar untuk hiasan berserta salag segar.

Cara Memasak:
tumiskan tumisan sempurna sampai naik bau yang wangi..
tumiskan udang dan daging bersama sedikit kunyit
agak2 comel masukkan sos tiram, nenas dan air beserta cili kisar, gaulkan
bila dah selesa masukkan lobak merah dan khailan berserta ikan masin. gaulkan seiring
selesa masukkan nasi putih dan gaul sekata sampai kekuningan
lepas tu bila dah ok masukkan hirisan kubis, daun bawang dan perasa secubit sahaja.
sedap tak
kalu dah ok.
scop dengan mangkuk nasi cantik2 hidang dengan sup dan sambal belacan tadi.
goreng telur dadar nipis2 cantik2 potong pon nipis buat 2 lapisan color pink(guna rose) dan kuning hiaskan di atas nasi goreng tadi.
hasilnya jadilah nasi goreng merdeka
kenapa merdeka
sebab kita boleh letak apa saje yang kite suke.
gambar betol xder nanti bile dah ok saya uploadkan gambar nasi goreng yang saya dah buat ye.

selamat mencube ye.


Dari Mana Perisa Datang??

coklat berasal dari pokok coco












vanilla berasal dari pokok vanilla




khasiat bayam

Bayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah. Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforusbesisodium potasiummagnasium mangan dan zink.



Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsiumzat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala 


keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa 


dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .




Senarai sayur


Jenis-jenis sayur
  1. Kobis Cina
  2. Sawi Pahit
  3. Kailan
  4. Kubis
  5. Kubis Bunga
  6. Daun Bawang
  7. Kucai
  8. Daun Saderi
  9. Asparagus
  10. Remayong
  11. Cekur Manis
  12. Leek
  13. Kohl-rabi
  14. Geti
  15. Timun
  16. Peria
  17. Labu air
  18. Labu ular
  19. Ketula
  20. Labu
  21. Tembikai
  22. Labu siam
  23. Kundur
  24. Kacang merah
  25. Kacang poi
  26. Kacang jambak
  27. Kacang panjang
  28. Kacang bol
  29. Kacang sepat/ kara
  30. Kacang botor
  31. Kacang manis
  32. Kacang tanah
  33. Kacang soya
  34. Kacang buncis
  35. Kacang serinding
  36. Kacang dal
  37. Terung
  38. Tomato
  39. Cili
  40. Cili burung/api
  41. Cili gajah
  42. Cili peluru
  43. Bendi
  44. Jagung manis
  45. Keladi
  46. Ubi kayu
  47. Ubi keledek
  48. Lobak
  49. Lobak merah
  50. Ubi kentang
  51. Akar bit
  52. Ubi nasi
  53. Articok
  54. Ubi kekek
  55. Sengkuang
  56. Ubi kembili
  57. Ubi torak
  58. Parsnip
  59. Bawang
  60. Bawang merah
  61. Bawang putih
  62. Daun bangun-bangun
  63. Ketumbar
  64. Lengkuas
  65. Halia
  66. Kunyit
  67. Serai
  68. Pudina
  69. Selasih

MENU UNTUK BAYAM













saya sendiri tak sangka sebernya bayam ni boleh buat macam2 tau tak
dahla bagus untuk kesihatan sedap plak tu..hrmm..
tunggu apa lagi dapatkan bayam anada sekarang.

sumber: wikipedia and google.

Saturday, 20 August 2011

Khasiat Taugeh

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


elain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya



menu taugeh










gambar nie saya goole jugak jadi jom makan taugeh.

Makan Kurma Tambah Tenaga

kurma kaya dengan zat besikalsiumfosforusodiumpotassiumvitamin A,dan biasin.
Buat kanak-kanak pula,kurma membantu mencergaskan minda,menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.
Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhanini turut terbukti berkesan dalam memanaskan tubuh,mencegah penyakit barah,melancarkan peredaran darah,merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan hati.