dulu2 masa kecik2 selalu men bendang tangkap ikan puyu taw.tapi skunk tak lagi dah besag..ikan puyu ni saya paling suke makan mase panas2 goreng kunyit dengan nasi panas sedap taw.
kalau nenek saya dulu suka wat pekasam.hehe.
petua nak hilangkan bau ikan
ni petua mak saya yang bagi taw
basuh ikan dengan daun pisang kelat ataupon limau campur dengan tepung gandum.
selamat mencuba.
Satu rahsia yang selama ini aku tidak tahu tentang ikan puyu ini adalah ikan puyu ini akan tidur terbaring dengan mengiring seperti kita manusia apabila tiba waktu tengah malam antara jam 12 malam ke atas.Pertama kali melihat aku terkejut apabila melihat mereka terbaring dengan mengiring samada di atas batu atau lantai akuarium serta dicelah pokok.
Pada mulanya aku sangkakan mereka nak mati tetapi bila aku dekati mereka akan segera bangun dan naik ke permukaan kerana menyangkakan aku nak beri mereka makan.Ikan lain yang aku pelihara sebelum ini tidak ada yang terbaring atau mengiring seperti ikan ini.Kalau ada pun ikan yang tengah nazak tercungap-cungap nak mati.
Read more: http://ozzy2u.blogspot.com/2011/01/ikan-puyu-dan-rahsianya.html#ixzz1VkBdlQaX
No comments:
Post a Comment