Bahan-Bahanya:
Nasi putih
bahan tumisan sempurna(b.merah,halia,b.putih)
udang sesedap rasa
cili hijau dan merah
lobak merah (dipotong kecil dan nipis)
kubis(dipotong nipis)
sayur khailan
ikan masin(goreng dahulu)
nenas(potong dadu)
sos tiram
daun bawang
daging hirisan kecil
sedikit kunyit dan cili kisar.
telor 4 biji
untuk sup(dihidangkan bersama nasi goreng):
rebus daging tadi dan toskan tambah daun bawang dan sos tiram.
tumiskan tumisan sempurna dan tuangkan bersama minyak tumisan ke dalam sup tadi.
untuk sampingan:
sediakan sambal belacan dan timun berserta tomato.
timun dipotong cantik dan kemas ditemani tomato segar untuk hiasan berserta salag segar.
Cara Memasak:
tumiskan tumisan sempurna sampai naik bau yang wangi..
tumiskan udang dan daging bersama sedikit kunyit
agak2 comel masukkan sos tiram, nenas dan air beserta cili kisar, gaulkan
bila dah selesa masukkan lobak merah dan khailan berserta ikan masin. gaulkan seiring
selesa masukkan nasi putih dan gaul sekata sampai kekuningan
lepas tu bila dah ok masukkan hirisan kubis, daun bawang dan perasa secubit sahaja.
sedap tak
kalu dah ok.
scop dengan mangkuk nasi cantik2 hidang dengan sup dan sambal belacan tadi.
goreng telur dadar nipis2 cantik2 potong pon nipis buat 2 lapisan color pink(guna rose) dan kuning hiaskan di atas nasi goreng tadi.
hasilnya jadilah nasi goreng merdeka
kenapa merdeka
sebab kita boleh letak apa saje yang kite suke.
gambar betol xder nanti bile dah ok saya uploadkan gambar nasi goreng yang saya dah buat ye.
selamat mencube ye.
No comments:
Post a Comment